Ads Blog

Assalammualaikum Warga MALAYSIA.. daa kemas kini ke? barang free ni... hahaha yg blum perna ambil brim tu boleh baca dekat bawah ni..
idak kira jika anda terdiri daripada sebuah keluarga dengan seorang, dua atau ramai anak, sedikit bantuan pasti dapat membantu meringankan perbelanjaan kewangan anda. 
Sejak dilaksanakan pada 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah membantu rakyat secara menyeluruh terutamanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 
Dengan peruntukan yang ditetapkan di bawah Bajet 2017, pemberian BR1M diharap dapat terus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. 


Luangkan sedikit masa anda untuk membaca syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk membuat permohonan. 
Jika anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, anda hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memproses permohonan anda. 


Lekas isikan borang permohonan anda dan kemaskini segala maklumat sebelum 31 Disember 2016. Pastikan permohonan anda diisi dengan lengkap bagi mengelak permohonan tidak dapat diproses.
Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau www.treasury.gov.my.
Bayaran akan diberikan secara berperingkat bermula pertengahan Februari 2017. Untuk sebarang maklumat lanjut atau soalan, boleh layari https://ebr1m.hasil.gov.my .....




Tags: 

Bagikan ke

0 Komentar

Join This Site